Pil Pelangsing

Sunday, 22 May 2011

 Contoh ....


Peranan Pil Pelangsing

menurunkan berat badan melalui:-
  • menghalang penyerapan lemak dari makanan
  • bertindak mengurangkan selera makan
  • sebahagian ubat tradisional mengandungi senna, yang bertindak sebagai pelawas dan guar gum bertindak sebagai serat penyerap air.
Bila Rawatan diperlukan??
 mereka y mempunyai indek jisim tubuh 30 keatas yang gagal menurunkan berat badan dan berisiko mendapat penyakit kencing manis, koronari jantung, darah tinggi dan masalah gangguan tidor.

Kesan Sampingan pengambilan pil pelangsing
  • kekejangan pada perut, ketidakselesaan usus, angin,cirit-birit, dan najis berminyak
  • penyerapan sesetengah vitamin akan berkurangan ( oleh itu anda perlu mengambil vitamin 2 jam sebelum atau selepas makan uabt pelangsing tersebut)
  • meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung dan sakit kepala.
  • kesukaran untuk tidor dan gementar
  • ketidakseimbangan cecair elektrolit dalam badan dan bergantungan pada pil pelangsing.
Faktor2 yang mempengaruhi rawatan menurunkan berat badan

  • hamil atau menyusuhkan anak
  • penyalahgunaan dadah atau alkohol
  • pernah mengalami penyakit anoreksia atau bulimia
  • pesakit yang sedang menjalani rawatan kemurungan dengan monoamine oxidase (MAO) inhibitors atau ubat antikemurungan
  • sedang mengambil ubat untuk rawatan migrain dan sakit kepala
  • penyakit glaukoma
  • penyakit kencing manis
  • penyakit jantung, masalah jantung dan degupa jantung yang tidak teratur
  • tekanan darah tinggi
  • pesakit yang akan menjalani pembedahan dan menggunakan ubat bius..

Cara Mudah Menyediakan Makanan Rendah Lemak.


1.   Daging
  • pilih daging rendah lemak
  • Buangkan lemak pada daging sebelum memasak
  • Panggang atau bakar dari menggoreng
  • kurangkan Saiz hidangan dan jangan tambah
  • gantikan daging berlemak dengan kekacang atau bijirin
2. Produk Tenusu

  • Gunakan susu tanpa atau rendah lemak
  • Gunakan keju rendah lemak
3.  Ketika Masak
  • Kukus atau rebus sayuran atau goreng menggunakan sadekit minyak
  • Gunakan Kuali tidak melekat supaya menggunakan minyak yang sedikit
  • Gunakan herba tau rempah ratus sebagai perasa dan elak dari menggunakan mentega.
4. UMUM

  • Elakkan makanan berminyak 
  • Gantikan kuah salad dengan perahan limau atau gunakan mayonis yang rendah lemak..

info kechatan dari Jawatankuasa Kerja Pendidikan Farmasi

0 comments: